Monday

Kembali semula.. :)..

setelah lebih setahun aku mengambil masa untuk kembali menulis hari ini 4/04/2013 besamaan 21 Rabiuakhir 1434 Hijrah aku mula kebali kedunia penulisan blog.. aku akan menambah post2 yang ada didalam blog ini secara berperingkat-peringkat..apa yang aku boleh janji adalah blog ini akan dipenuhi dengan posting aku menjelang penghujung tahun ini..ampun dan maaf kerana terlalu lama membiarkan blog ini bersawang tanpa ada pemantauan dari aku..apa2 pun terima kasih & alhamdulillah kerana terus diberi ruang & peluang untu berkongsi cerita di atas muka bumi Allah yang fana ini..

Thursday

Kenangan lalu............

Ahli Keluarga.. itu mungkin panggilan yang lebih tepat buat insan ini.. dia hadir tika aku sedang mencari ruang untuk bernafas dibumi terasing ini.. saat aku berada jauh dari pangkuan keluarga, jauh dari pandangan umi & buyah, insan ini menjadi tempat untuk aku menumpang bahagia, gembira, sedih & hiba.. disaat aku ingin berdiri diatas kaki sendiri insan ini dengan ikhlas menghulur tangan membantu, memberi segala tunjuk ajar, bimbingan, panduan hidup serta nasihat agar aku mampu untuk berdiri.. aku masih ingat pesanan beliau, 'jangan pernah putus asa, percaya pada diri sendiri' & aku masih berpegang pada amanat & pesanan itu.. beliau hadir tika aku kehilangan arah, tika aku memerlukan bimbingan dari keluarga & tika aku dikhianati, beliau datang untuk memberi nasihat.. segala cerita indah itu berakhir dengan kesilapan serta kebodohan aku sendiri.. aku lali dalam melaksanakan amanat & tanggungjawab yang beliau berikan pada aku hanya kerana seorang wanita.. rasanya walaupun berjuta kali aku meminta maaf & berjuta sesalan aku ungkapkan itu tidak akan pernah cukup untuk menebus kesalahan itu.. pertemuan kembali dengan beliau awal bulan Mac 2012 tidak seperti dahulu.. aku seakan hilang kata-kata yang telah aku tulis.. aku cuba untuk menyembunyikan perasaan aku sebaik mungkin.. aku cuba untuk tidak merosakkan mood beliau sebagai raja sehari.. hanya ucapan tahniah & selamat pengantin baru sahaja yang mampu aku berikan buat mereka.. tahniah buat abang & kakak ku harussani & nor suhada.. semoga kalian kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. :)..

Nantikan kemunculan kami.. :)..

Thursday

perjalanan dari serdang ke melaka

rasanya ini bukanlah kali pertama aku bawak motorsikal melalui lebuhraya PLUS.. sebelum-sebelum ini pun aku pernah bawa.. dari Gurun ke Sungai Petani.. tapi pengalaman yang aku dapat hari ini memang berbeza.. merempuh hujan lebat dipertengahan jalan, menyaksikan kemalangan di depan mata sendiri serta aksi potong-memotong dengan trailer.. memang terbaik.. semua itu aku dapat dalam tempoh kurang 3 jam.. thanks to along, buyah & umi sebab temankan perjalanan membawa pulang skuter tadi.. hehehehehehe..

Friday

Yang dicari kini telah dijumpai

tanggal 16/04/2010 setelah genap umur ku 20 tahun dan 3 bulan, adik angkat yang selama ini kucari telah ku temui.. maafkan abang kerana kesilapan abang yang dahulu.. pertemuan yang ku sangka akan kekal buat selama-lamanya terputus kembali apabila secara tidak sengaja aku telah melukakan hati dia buat kali kedua.. abang betul-betul tidak sengaja... maafkan abg ye tira... to my lovely sister tira im so sorry sis...

Ragam Manusia

banyak benda yang berlaku dalam hidup aku sejak kebelakangan ini.. kadang-kala ia membuatkan aku terfikir apa yang pernah aku buat untuk keluarga aku, kawan-kawan & juga diri aku sendiri..

07/03/2011.....

hari yang sangat cerah.. seperti hari-hari sebelumnya, aku perlu pergi ke pusat kegiatan rakan muda bagi membantu seorang rakan aku kat sana.. sedang seronok aku melayari internet aku dapat 1 panggilan telefon dari rakan aku.. dia mintak tolong aku pergi ke kedai untuk membeli susu bagi pihak mak dia sebab dia sedang berada di kuala lumpur bagi menyelesaikan urusan kerja.. aku tidak ada masalah untuk membantu tetapi aku tertanya-tanya juga apa yang adik lelaki dia sedang lakukan pada waktu itu.. dari apa yang aku dapat tahu adik dia sedang lepak-lepak dengan kawan-kawan.. aku sangat terkejut dengan jawapan adik dia apabila disuruh untuk membeli susu.. 'pukul 6 sat lagi pi beli la'.. ya Allah.. apa punya anak & abang la dia ini.. emak sendiri boleh diketepikan semata-mata untuk berseronok dengan kawan-kawan.. aku malas nak cakap sebab aku pun bukanlah anak yang baik utk umi & buyah aku.. tetapi kalau boleh aku sudah tidak mahu perkara yang sudah lepas berulang lagi..

09/03/2011..

pagi hari ni mendung.. rasa malas untuk membuka pusat kegiatan melanda jiwa.. ini di sebabkan panggilan dari pejabat.. 'san.. akak tak jadi nak mai hari ini.. tunggu En Lee p Alor Star esok'.. yes.. boleh la aku kemas rumah yang sekali tengok dah macam tongkang pecah.. sedang aku sibuk mengemas bilik tidur aku dapat 1 lagi panggilan telefon.. 'hassan buka tidak pkrm hari ini.. kak lin nak guna komputer..' sudah.. kena aku buka juga tempat itu.. dengan langkah longlai aku keluar rumah menuju ke pkrm.. tiba-tiba aku teringat 1 urusan yang perlu aku selesaikan di kolej.. malasnya hendak pergi ke kolej.. sampai di kolej aku terus menyelesaikan urusan aku tadi.. selesai saja urusan itu aku ingat hendak pergi makan sebab aku belum lagi makan tengah hari.. keluar dari pintu utama kolej aku nampak 2 orang kawan aku sedang duduk di bangku batu.. 'lepak dulu lah dengan depa ni'.. baru saja aku duduk dalam 5 minit sorang kawan aku kena balik.. aku cakap 'tak pa la.. hang pi la balik'.. tinggallah aku dengan dia.. terus terang aku belum pernah duduk berbual panjang dengan dia.. setakat senyum @ bertegur sapa sahaja.. tetapi hari ini pelbagai topik aku dpat berbual dengan dia.. dari hal yang berkaitan kolej sampailah ke hal-hal peribadi.. tiba-tiba di suruh aku pergi beli ais-krim.. betul juga cakap dia.. panas-panas macam ini kalau dapat ais-krim memang sedap.. aku pun terus saja pergi ke kedai.. sampai kedai, aku jadi bodoh sekejap.. 'alamak, aku lupa la nak tanya dia nak perisa apa.. ambik perisa cokelat & vanilla sebab bloger yang aku baca tadi cakap orang perempuan suka ais-krim vanilla'.. sampai balik di kolej aku terus memberi dia bungkusan ais-krim yang aku beli tadi.. tetapi apa yang bloger itu cakap tidak menjadi.. dia memilih cokelat.. sekali lagi aku cuba wujudkan elemen kebetulan.. akan tetapi mana ada wanita yang tidak sukakan cokelat.. aku terus saja balik ke pkrm selepas makan sebab kawan aku yang tolong jaga tadi sudah mahu pulang.. malam ada "latihan" badminton bersama rakan-rakan kolej.. seronok & menyihatkan..

Ketika Kebosanan


cuti raya cina (Chiness New Year) amat menyeronokkan.. seteha hampir 5 bulan tidak berjumpa dengan sepupuku yang tinggal di selangor, cuti ini dapat juga kami berjumpa.. walaupun tiada aktiviti yang menyeronokkan berlaku tetapt adalah beberapa perkata yang sempat kami lakukan.. sesi fotografi & editing gambar menggunakan telefon bimbit, sesi berkongsi pengalaman aku ketika berada di kem PLKN(aku cucu pertama yang kena pergi ke PLKN) sebab ada sepupu aku yang kena (hahahaha..), sesi merapu didalam bilik nenek.. tidak dinafikan kepulangan aku ke kampung pada hari itu banyak membuka mata aku temtang situasi semasa keluarga aku yang dah lama aku tidak jumpa.. semoga hubungan kekeluargaan yang telah terjalin sekian lama akan kekal hingga keakhir hayat.. sudah hampir 53 tahun keluarga ini wujud di bumi Allah ini, semoga ia kekal menjadi 1 keluarga Al-Wani yang rapat & mesra selamanya.. tahniah buat kak long Ya yang bakal bertunang tidak lama lagi.. semoga ia juga kekal bahagia selamanya.. :)..

Sambutan Hari Raya Bersama Kelab Rakan Muda Merbok & Sg Petani




untuk pertama kalinya aku menyertai sambutan hari raya bersama kelab rakan muda di daerah kuala muda (@ lebih tepat mana-mana kelab rakan muda yang ada di malaysia..).. seronok sungguh kerana dapat melihat pelbagai kerenah orang-orang kampung sepanjang program ini berlangsung.. bermula dari kul 8 pagi & berakhir dalam jam 5 petang pelbaga aktiviti kemasyarakatan yang dapat aku ikut walaupun cuaca amat mencemburui.. dengan hujan turun mencurah selepas solat jumaat namun segala aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.. thanks to all who made this event the best event that i have been join.. :)..

Majlis Berbuka Di Pejabat TTMC ADVENTURE..

pengalam berbuka paling best sekali... lepas 5 hari berbuka sendiri hari ni (16.8.10) aku dapat berbuka dengan famili TTMC ADVENTURE... tiba-tiba rasa sebak dalam hati sebab aku belum sempat nak berbuka dengan famili sendiri... rindu betul dengan masakan mak aku... insya-allah dalam 4.9.10 aku akan berangkat pulang ke kampung halama... umi dan buyan tunggu ye kepulangan anak mu yang berada jauh di perantauan...