Friday

Ragam Manusia

banyak benda yang berlaku dalam hidup aku sejak kebelakangan ini.. kadang-kala ia membuatkan aku terfikir apa yang pernah aku buat untuk keluarga aku, kawan-kawan & juga diri aku sendiri..

07/03/2011.....

hari yang sangat cerah.. seperti hari-hari sebelumnya, aku perlu pergi ke pusat kegiatan rakan muda bagi membantu seorang rakan aku kat sana.. sedang seronok aku melayari internet aku dapat 1 panggilan telefon dari rakan aku.. dia mintak tolong aku pergi ke kedai untuk membeli susu bagi pihak mak dia sebab dia sedang berada di kuala lumpur bagi menyelesaikan urusan kerja.. aku tidak ada masalah untuk membantu tetapi aku tertanya-tanya juga apa yang adik lelaki dia sedang lakukan pada waktu itu.. dari apa yang aku dapat tahu adik dia sedang lepak-lepak dengan kawan-kawan.. aku sangat terkejut dengan jawapan adik dia apabila disuruh untuk membeli susu.. 'pukul 6 sat lagi pi beli la'.. ya Allah.. apa punya anak & abang la dia ini.. emak sendiri boleh diketepikan semata-mata untuk berseronok dengan kawan-kawan.. aku malas nak cakap sebab aku pun bukanlah anak yang baik utk umi & buyah aku.. tetapi kalau boleh aku sudah tidak mahu perkara yang sudah lepas berulang lagi..

09/03/2011..

pagi hari ni mendung.. rasa malas untuk membuka pusat kegiatan melanda jiwa.. ini di sebabkan panggilan dari pejabat.. 'san.. akak tak jadi nak mai hari ini.. tunggu En Lee p Alor Star esok'.. yes.. boleh la aku kemas rumah yang sekali tengok dah macam tongkang pecah.. sedang aku sibuk mengemas bilik tidur aku dapat 1 lagi panggilan telefon.. 'hassan buka tidak pkrm hari ini.. kak lin nak guna komputer..' sudah.. kena aku buka juga tempat itu.. dengan langkah longlai aku keluar rumah menuju ke pkrm.. tiba-tiba aku teringat 1 urusan yang perlu aku selesaikan di kolej.. malasnya hendak pergi ke kolej.. sampai di kolej aku terus menyelesaikan urusan aku tadi.. selesai saja urusan itu aku ingat hendak pergi makan sebab aku belum lagi makan tengah hari.. keluar dari pintu utama kolej aku nampak 2 orang kawan aku sedang duduk di bangku batu.. 'lepak dulu lah dengan depa ni'.. baru saja aku duduk dalam 5 minit sorang kawan aku kena balik.. aku cakap 'tak pa la.. hang pi la balik'.. tinggallah aku dengan dia.. terus terang aku belum pernah duduk berbual panjang dengan dia.. setakat senyum @ bertegur sapa sahaja.. tetapi hari ini pelbagai topik aku dpat berbual dengan dia.. dari hal yang berkaitan kolej sampailah ke hal-hal peribadi.. tiba-tiba di suruh aku pergi beli ais-krim.. betul juga cakap dia.. panas-panas macam ini kalau dapat ais-krim memang sedap.. aku pun terus saja pergi ke kedai.. sampai kedai, aku jadi bodoh sekejap.. 'alamak, aku lupa la nak tanya dia nak perisa apa.. ambik perisa cokelat & vanilla sebab bloger yang aku baca tadi cakap orang perempuan suka ais-krim vanilla'.. sampai balik di kolej aku terus memberi dia bungkusan ais-krim yang aku beli tadi.. tetapi apa yang bloger itu cakap tidak menjadi.. dia memilih cokelat.. sekali lagi aku cuba wujudkan elemen kebetulan.. akan tetapi mana ada wanita yang tidak sukakan cokelat.. aku terus saja balik ke pkrm selepas makan sebab kawan aku yang tolong jaga tadi sudah mahu pulang.. malam ada "latihan" badminton bersama rakan-rakan kolej.. seronok & menyihatkan..

No comments:

Post a Comment