Showing posts with label TTMC. Show all posts
Showing posts with label TTMC. Show all posts

Thursday

Kenangan lalu............

Ahli Keluarga.. itu mungkin panggilan yang lebih tepat buat insan ini.. dia hadir tika aku sedang mencari ruang untuk bernafas dibumi terasing ini.. saat aku berada jauh dari pangkuan keluarga, jauh dari pandangan umi & buyah, insan ini menjadi tempat untuk aku menumpang bahagia, gembira, sedih & hiba.. disaat aku ingin berdiri diatas kaki sendiri insan ini dengan ikhlas menghulur tangan membantu, memberi segala tunjuk ajar, bimbingan, panduan hidup serta nasihat agar aku mampu untuk berdiri.. aku masih ingat pesanan beliau, 'jangan pernah putus asa, percaya pada diri sendiri' & aku masih berpegang pada amanat & pesanan itu.. beliau hadir tika aku kehilangan arah, tika aku memerlukan bimbingan dari keluarga & tika aku dikhianati, beliau datang untuk memberi nasihat.. segala cerita indah itu berakhir dengan kesilapan serta kebodohan aku sendiri.. aku lali dalam melaksanakan amanat & tanggungjawab yang beliau berikan pada aku hanya kerana seorang wanita.. rasanya walaupun berjuta kali aku meminta maaf & berjuta sesalan aku ungkapkan itu tidak akan pernah cukup untuk menebus kesalahan itu.. pertemuan kembali dengan beliau awal bulan Mac 2012 tidak seperti dahulu.. aku seakan hilang kata-kata yang telah aku tulis.. aku cuba untuk menyembunyikan perasaan aku sebaik mungkin.. aku cuba untuk tidak merosakkan mood beliau sebagai raja sehari.. hanya ucapan tahniah & selamat pengantin baru sahaja yang mampu aku berikan buat mereka.. tahniah buat abang & kakak ku harussani & nor suhada.. semoga kalian kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. :)..

Friday

Sambutan Hari Raya Bersama Kelab Rakan Muda Merbok & Sg Petani




untuk pertama kalinya aku menyertai sambutan hari raya bersama kelab rakan muda di daerah kuala muda (@ lebih tepat mana-mana kelab rakan muda yang ada di malaysia..).. seronok sungguh kerana dapat melihat pelbagai kerenah orang-orang kampung sepanjang program ini berlangsung.. bermula dari kul 8 pagi & berakhir dalam jam 5 petang pelbaga aktiviti kemasyarakatan yang dapat aku ikut walaupun cuaca amat mencemburui.. dengan hujan turun mencurah selepas solat jumaat namun segala aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.. thanks to all who made this event the best event that i have been join.. :)..

Majlis Berbuka Di Pejabat TTMC ADVENTURE..

pengalam berbuka paling best sekali... lepas 5 hari berbuka sendiri hari ni (16.8.10) aku dapat berbuka dengan famili TTMC ADVENTURE... tiba-tiba rasa sebak dalam hati sebab aku belum sempat nak berbuka dengan famili sendiri... rindu betul dengan masakan mak aku... insya-allah dalam 4.9.10 aku akan berangkat pulang ke kampung halama... umi dan buyan tunggu ye kepulangan anak mu yang berada jauh di perantauan...

Program Rakan Muda Cinta Alam..

Program Perkhemahan Cinta Alam & Khidmat Masyarakat Kelab Rakan Muda Merbok yang disertai oleh 39 ahli kelab yang ingin menyempurnakan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (p/s aku pun terlibat hikhikhikhik) selama 2 hari 1 malam... pelbagai aktiviti telah disediakan oleh pihak urus setia yang mencabar fizikal dan mental para peserta... apap hal pn program ni memang best... thanks to all yang menjayakan program ni... :)...