Thursday

Kenangan lalu............

Ahli Keluarga.. itu mungkin panggilan yang lebih tepat buat insan ini.. dia hadir tika aku sedang mencari ruang untuk bernafas dibumi terasing ini.. saat aku berada jauh dari pangkuan keluarga, jauh dari pandangan umi & buyah, insan ini menjadi tempat untuk aku menumpang bahagia, gembira, sedih & hiba.. disaat aku ingin berdiri diatas kaki sendiri insan ini dengan ikhlas menghulur tangan membantu, memberi segala tunjuk ajar, bimbingan, panduan hidup serta nasihat agar aku mampu untuk berdiri.. aku masih ingat pesanan beliau, 'jangan pernah putus asa, percaya pada diri sendiri' & aku masih berpegang pada amanat & pesanan itu.. beliau hadir tika aku kehilangan arah, tika aku memerlukan bimbingan dari keluarga & tika aku dikhianati, beliau datang untuk memberi nasihat.. segala cerita indah itu berakhir dengan kesilapan serta kebodohan aku sendiri.. aku lali dalam melaksanakan amanat & tanggungjawab yang beliau berikan pada aku hanya kerana seorang wanita.. rasanya walaupun berjuta kali aku meminta maaf & berjuta sesalan aku ungkapkan itu tidak akan pernah cukup untuk menebus kesalahan itu.. pertemuan kembali dengan beliau awal bulan Mac 2012 tidak seperti dahulu.. aku seakan hilang kata-kata yang telah aku tulis.. aku cuba untuk menyembunyikan perasaan aku sebaik mungkin.. aku cuba untuk tidak merosakkan mood beliau sebagai raja sehari.. hanya ucapan tahniah & selamat pengantin baru sahaja yang mampu aku berikan buat mereka.. tahniah buat abang & kakak ku harussani & nor suhada.. semoga kalian kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. :)..

No comments:

Post a Comment